Pages

Showing posts with label Tamrin. Show all posts
Showing posts with label Tamrin. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Kebangsaan 2011

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian pengalaman ana ke Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-2,anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.Nadwah tersebut berlangsung selama 4 hari 3 malam bertempat di SMKA Durian Guling,Marang Terengganu.Tema nadwah kali ini ialah AKIDAH KUKUH KEPEMIMPINAN TEGUH.Alhamdulillah seramai 10 orang peserta daripada SMKA Naim Lilbanat turut menyertai nadwah tersebut yang terdiri daripada 5 orang pelajar ting.6 dan 5 orang pelajar ting.4.Kami diiringi oleh dua orang guru Ustazah Zaitun dan Puan Murni...Alhamdulillah ini kali kedua ana menyertai nadwah...Dalam perjalanan ke sana kami telah diuji dengan pendingin hawa yang tidak berfungsi! mak aii...panas...memang tangan ana dari Kelantan ke Terengganu tidak berhenti-henti mengibas! haha....Masa dah sampai ke lokasi nadwah pun tangan jadi nak bergerak dengan sendirinya! Sabar je lah..=)


Banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan.Ramai kawan baru yang ana jumpa...dari seluruh pelosok negeri...Pelbagai loghat dituturkan...Hehe...yang paling pentingnya ana tersilap cakap Klate dengan peserta dari negeri lain sehingga diorang semua x faham...haha...silap...ingat ke ckp dengan kawan2 senegeri..Tapi tak apa...Itulah yang menjadi keunikannya....

Group ana ialah group 10,Zulfakar...Nama Zulfakar dipilih sebagai lambang pedang Rasulullah S.A.W.
Dalam group tersebut ana memegang jawatan sebagai S/U...Catat-mencatat menjadi kerja ana sepanjang Nadwah....Fasilitator kumpulan ana pula ialah EN.Zakaria...Ana sangat mengaguminya.Beliau mempunyai kepemimpinan yang tinggi...Beliau juga banyak membimbing kami..Tapi sedihh...ana tak sempat jumpa dia selepas tamat majlis nadwah...=(...Yang penting,berdoalah untuk kesejahteraannya kan??...

Paling best ialah aktiviti EXPLORACE yang diadakan di sekitar Masjid Kristal...Sebelum itu kami peserta Nadwah diberi peluang untuk melawat Taman Tamadun Islam...Alhamdulillah,pelbagai monumen yang dapat disaksikan,lambang kegemilangan Ummah...

Antara kata-kata,pandangan daripada seorang sahabat,peserta NKI setelah ditanya apa perasaan dia melawat TTI ialah dia mengatakan Masjid pada zaman ini hebat daripada fizikalnya...tetapi daripada segi pengisiannya berkurang...Maksud di sini ialah semakin lama tidak diimarahkan...dan menjadi satu kepentingan untuk generasi muda pada hari ini  diasuh untuk mencintai masjid...

Dan antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT di Hari Pembalasan ialah Orang yang hatinya terikat dengan masjid...Insya-Allah...

Dalam Explorace,antara aktiviti yang menarik ialah di check point yang menguji keberanian..Peserta dikehendaki mengambil duit syiling daripada bekas yang dipenuhi ulat!!! Memang bab ni lah yang ana tak tahan...Ulat ni memang familiar dengan ana! Papa memang ada simpan ulat untuk makana ikan....tup..tup...kena pegang pulak..aduii...hehe...

Terlalu banyak yang ingin diceritakan...Semoga ukhuwah kita terus terjalin,...


Group ana...Zulfakar
Pengalaman mengajar segala-galanya....=)

Sunday, May 29, 2011

Video Nadwah Kepemimpinan Islam


NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SMKA 2010




NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SMKA 2011

 
Majlis Perasmian Penutupan...

Mengimbau pengalaman...Pengalaman mengajar erti hidup..=)



Friday, April 15, 2011

Tazkiatun Nafsi...

Assalamualaikum..=)

Alhamdulillah akhirnya,apa yang Unit Sahsiah Mithaliah dan Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat rancang menjadi realiti...Ana sebagai Koordinator Program ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah,semua guru dan pengawas yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kem ini.Tidak lupa juga kepada pihak ALUMNI SMKA Naim Lilbanat...Sesungguhnya kem ini banyak mengajar kami dalam menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...

"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain"

Kem Takiatun Nafsi Merentasi Akhlak Al-Quran ini diadakn adalah untuk memberi motivasi kepada para pelajar yang terpilih untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab yang harus mereka lakukan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini disamping meningkatkan kefahaman tentang Al-Quran...=)

Warna-Warni Tazkiatun Nafsi 2011...
Koordinator Program..
ANA & ELLIZA

Perbincangan Modul& LDK di surau MGU 

Cenderahati/Cenderamata...???

Tulang Belakang Tazkiatun Nafsi 2011.....

Barisan ALUMNI...Fasilitator yang mantap...=)
Syukran Jazilan...

Sekitar Majlis Penutupan di dewan Safraa' hotel MGU..
Mudirah dan guru-guru SMKA Naim Lilbanat

Akhirul Kalam,SALAM PERJUANGAN....HIDUP ISLAM!!!

Buatlah sesuatu perkara kerana Allah SWT,bukan untuk kepentingan diri semata-mata...=)
Good Luck...Selamat Bermujahid!!!


Wednesday, November 17, 2010

Trip to Selangor...

Alhamdulillah...hari rabu minggu lepas,ana dan rakan-rakan yang lain mewakili sekolah ke International Eco Carnival dan Kem Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Peringkat Kebangsaan di Selangor..
Kedua-duanya meninggalkan kenangan yang indah dan sukar dilupakan...

International Eco Carnival...

~Participate in Eco Music Competition..
  * we played music by instruments that made by recycle things...

~Participate in Decorating Dustbin Competition...
 * decorated the green dustbin...

Although we did not won in the competitions, we felt very great because we had a good experiences!
We met the greenest man in the world!!
Special thanks to Kak Alah and Mak Su....
Di rumah merekalah kami berteduh sebelum ke nadwah...
Mak Su masak memang sedap!! We will mis you and your family...


Kem Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Peringkat Kebangsaan...

~semua aktiviti menarik....The most important is I met many new friends from other schools...
  ukhuwah islamiah...=)
~ Banyak ilmu yang diperolehi...
~Apa yang ana cari selama ini telah ana jumpa...
~ Interview pelancong asing from Iran...practise my english!!
~ we went to Masjid Besi,Alamanda...

nice experiences!! =)