Pages

Showing posts with label Hidup ana. Show all posts
Showing posts with label Hidup ana. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Kawan Baek

Assalamualaikum...

Boleh ka hidup tanpa kawan???

KAWAN

  • ADA YANG IKHLAS
  • ADA YANG SENTIASA AMBIL BERAT
  • ADA YANG FAHAM PERASAAN
  • ADA YANG MENYUSAHKAN
  • ADA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN
  • ADA YANG "TAK ADA PERASAAN"
Semuanya Mewarnai Dunia " Persahabatan........"

You'll be in my heart...^_^

Syukran kerana menjadi sahabat yang setia......








Warnailah Persahabatan dengan keikhlasan....Insya-Allah
UKHUWAH FILLAH...^_^

Sunday, May 29, 2011

~~~~Farewell~~~~~

Assalamualaikum...Semoga berada dalam rahmat dan jagaan Allah SWT semua.

Tajuk itu macam tergantung...Tergantung di awanan biru...yeah...semua telah ditetapkan.Kita sebagai hamba haruslah menerimanya dengan redha...Setiap pertemuan ada perpisahan...Itulah yang menjadi perisa ukhuwah sejati..Insya-Allah...

Minggu ini,2 guru yang kami sayangi akan meninggalkan sekolah...Teacher Asmak yang menjalani praktikal di sekolah ana dlm subjek FIZIK...Terima kasih teacher,kerana teacher saya suka FIZIK...=)

Then,satu lagi kejutan selepas jawab kertas fizik,ketua tingkatan,Najat cakap Teacher Rozanna akan pindah juga....What??? Semua terkejut...Ada juga yang menangis...Teacher Rozanna adalah teacher yang paling sporting pernah ana jumpa...Pernah ana tak siap kerja sekolah...Dia faham...Teacher Rozanna mengajar subjek English...Belajar dengan dia tak pernah stress tapi seronok...Kat mana lah plak ana nk jmpa teacher mcm dia...=(


Berpicture dengan teacher Asmak...

Teacher Rozanna....Thanks teacher...
Nasib baik BI ana A...hehe

Bukan cikgu ana juga pergi...tetapi kawan ana,Fadhilah...Terima kasih Fadhilah kerana anti menjadi sebahagian daripada hidup ana...Terima kasih juga atas sumbangan anti kepada pengawas...We will miss you...Kenangan dengan anti tidak akan ana lupa wahai sahabat..Teruskan perjuanganmu...Semoga berjaya! Kita jumpa di lain hari dan waktu...Insya-Allah...Allah SWT sentiasa bersama orang yang sabar...Fighting!

Kenangan bersamanya....

Eco Carnival....

Mengecat bersamanya...

Terima kasih....Kita bertemu dan berpisah kerana Allah SWT...insya-Allah..
Semoga berjaya dalam bidang masing2...

Aina Kamil...

Sunday, May 1, 2011

Tembikai dan Lembu...

Assalamualaikum...

Apakah kaitan sebiji tembikai dengan seekor lembu??

Ini alkisahnya...

One day,mama tanya nak makan tembikai tak???
Ana dengan pantas kilat...nak!! nak!!
Then you go buy it...
What! hehehe...

That was my first time to buy such kind fruit...Selama ni mama,papa sahaja yang turun pergi beli....
Kalau setakat buah apple kat supermarket tu pakai ambil je...haha

Ana pun tanya mama..."NAK CAKAP MACAM MANA???"

aduiiii....malu sungguh!

Mama cakap..."CAKAP DEKAT MAK CIK TU NAK TEMBIKAI SATU...JANGAN BAWA BALIK LEMBU SUDAH" hahahaha
Teringat iklan raya Petronas pasal Hari Raya yang mak diorang suruh beli daging,hati...n bla..bla..lembu..,then dia bawa balik satu ekor lembu...KAN SENANG! =)



Then,ana pun senyum2 dekat mak cik jual tembikai....Memang nak tergelak sorang2 sebab teringat lawak mama atas kereta...Mak cik tu terpinga2...haha...Tapi kira ok la,sebab ana berjaya bawa balik tembikai...=)

P/S : cerita lama... ;)
   
Jadilah anak yang soleh!...=)

Friday, April 15, 2011

My SCHOOL day...

Assalamualaikum....=)

Sudah lama ana tidak menulis blog...=) Duduk hostel kan...hehe...Banyak benda nak cerita,tapi kalau nak buka blog ni malas plak...
HARI KHAMIS MINGGU BALIK...waaaa!! Hari ni lah yang paling ana suka!
Mula2 ingat minggu ni tak balik sbb ada Tamrin Qiadi...tapi ditunda....Alhamdulillah boleh la balik...So,pagi2 lagi call mama...

Ana    : "Mama,Nana boleh balik!"

Mama : " Suka mama dengar Nana boleh balik" hehehe
( Ana senyum sendiri....happy sangat2)
Ni la...Nikmat tinggal ASRAMA....Ana bersyukur sebab diberi kekuatan untuk terus 'bertahan' sebagai seorang pelajar asrama...haha...Ok je bila dah biasa....=) ALAH BISA TEGAL BIASA...

So...Post ana kali ini adalah untuk bercerita tentang HARI KHAMIS...=)

Macam biasa..Hari Khamis ana bertugas dengan MIRAH SIWON ( nama glamour exco sukan hehe) check2 dorm...Begitulah rutin harian..=)

Then straight to weekly assembly..biasanya,prefect yang handle...Then hari tu nampak Mudirah...Aina tabik mudirah sebab beliau mahu bersama anak-anaknya...Hari Ahad hari tu tak sempat sebab HUJAN...haha ..Fadhilah yang jadi MC hari tu cepat2 cakap STUDENT DISMISS ...Semua pelajar lari masuk kelas masing2...Mudirah pada hari Khamis memberi beberapa amanat kepada kami..SMKA Naim Lilbanat akan bertanding untuk Sekolah Beprestasi Tinggi...Insya-Allah,kesungguhan& kerjasama antara guru dengan pelajar selama ini akan mendapat redha Ilahi...Amin..

...........

Cikgu Marina,masa kelas BM cerita pasal sekolah dia masa dulu...Dia cerita pasal kerjasama...Ada seorang pelajar miskin yang terpaksa berhenti sekolah sebab nak jaga ayah dan ibunya yang sudah uzur..Allahuakbar..=) Mulia sungguh pelajar itu...Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Kebaikan anak itu dibalas apabila pihak sekolah mebuat majlis dan mengumpul dana untuk pelajar itu menyambung pelajaran...Ada guru yang mengambilnya sebagai anak angkat.....Subhanallah...Sungguh besar nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada ana...kalau nak apa2 boleh dapat....


Then cikgu cerita,ada pelajar perempuan kat sekolah dia dulu,masa orang pergi rehat,makan dia sorang2 dalam kelas...Rupa-rupanya dia malu nak keluar sebab tudung dia dah koyak...Subhanallah...
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini....
................

Ana menaiki kereta dengan perasaan yang gembira menuju ke rumah...Alhamdulillah,dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga...( sesuai dengan lagu I'm Coming Home masa buka radio..) ^_*

Jangan Kufur nikmat yang diberi percuma...

Monday, March 14, 2011

My mom is the best!

Assalamualaikum :)


Tarrrrraaa!! Ini satu puisi untuk mama.... made by adik...A nice one..:)



Assalamualaikum ma,terima kasih sebab selama ni mama jaga kami dgn baik..Sungguh tinggi kesabaran mama dalam melayan kerenah kami semua..Mama, mama tahu tak,lepas kitorang ada buat salah dengan mama,kitorang rasa bersalah sangat..kami tahu,kami bukan anak yang baik sangat meskipun mama telah banyak korbankan terhadap kami semua..Mama, mama sanggup berhenti kerja demi menjaga kami semua..mama sanggup berlelah siang dan malam membesarkan kami adik-beradik...tambahan lagi dalam keadaan adik dulu yang sering sakit..Betapa besarnya cintamu dan kasih sayangmu terhadap kami..Mama tdak pernah merungut walaupun mama mempunyai banyak masalah yang menghimpit diri dARI sekeliling..Mama seorang yang tabah!Mama seorang wanita yang penuh dengan perasaan cinta,kasih dan sayang..Mama,kami semua mnta maaf ..Ketahuilah,kami semua nak sangat jadi seorang anak yang baik...Mamalah orang yang telah melahirkan kami untuk melihat dunia ini..mama sanggup menahan kesakitan demi kesakitan tidak kira zahir dan batin demi menjalankan amanah yangdiberikan Allah.....Betapa tabahnya hatimu!Kami sayangkan mama...Maafkan kami di atas kekilafan kami...Doakan kami berjaya dunia dan akhirat..Semoga mama ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan di syurga...
mama,Biarkan Manusia membenci,Asalkan Allah dan Rasul-Nya menyintai...


Kasih Sayangmu tiada dusta,
Jelas terpancar menusuk hatiku,
Marina Mustapha seorang mama,
Sentiasa menyintai dan menyayangiku...

I'm sorry for everything if I have hurts you...I love you...

(",) Rusa,Badminton...

Assalamualaikum...

Hanya senyuman yang boleh ana kasi...
Sudah lama tidak mengupdate blog ini...

Nahh...Ini ada kisah...wait! hoorray cuti selekoh! haha selekoh...
Still remembering about this word 'selekoh'..
Alkisahnya....Dua orang sepupu ana yang kecik tumpang papa balik kampung...Then dia cakap,

"Ayah me hati-hati sekolah dihadapan!"

Papa : 'mana ada sekolah'
           Cuba baca betul-betul!

SELEKOH DI HADAPAN! XD

Ini bukan alkisah Raja Lawak yang mahu dicerita....=)

Macam mana ek rasa daging rusa??
Bisik hati...
Yeah...cakap pasal daging rusa...Macam mana dapat??
Inilah alkisahnya...
Semalam....kecoh satu kampung...bukan KG.PISANG yang kecoh dengan Zomba,Zombie,Hantu Kak Limah...Tapi Kg. ana yang aman...
Ada seorang wanita yang memandu kereta semalam telah melanggar satu lembaga hitam...Bunyinya amat kuat...Tapi tak cukup kuat menggerakkan ana yang sudah tidur...(hahaha) Semua orang Kg. keluar...Pada masa yang sama,Mama dan Abe sibuk melayan Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam kejuaraan All England...Tahniah kepada jaguh badminton negara!

Balik kepada cerita...Orang Kg.ingat lembaga yang dilanggar itu adalah lembu yang tidak dijaga tuannya,tetapi rupa-rupanya,SEEKOR RUSA....Sebelum rusa itu menghembuskan nafas terakhir dengan sia-sia,orang Kg. menyembelihnya...Alhamdulillah diizinkan tuannya, dan ana dapat rasa dagingnya...
Macam mana rasa dia ek?? Lebih kurang daging serati kut...

Agak-agak boleh menang tempat pertama tak dalam pertandingan bercerita ni?? haha...mengarut2..

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei!
Malaysia Boleh!!
Ana anak Malaysia ;)


Tuesday, February 1, 2011

Kenduri!!

Assalamualaikum...=)

Kepak..kepak....kebum...kebum...(bunyi kompang)

Waaa! sapa kawen?? kenduri besar nii....

Ingredients..(Apparatus & materials)
kesan subjek chemistry yg ana baca td!!haha

santan...

 Nak buat budu tumis..

 Gulai ayam...yummmy..
"makan dengan roti sedap nii"
mok cakap..

Chef...a.k.a my grandma..mok..=)

Sebenarnya....mana ada sapa2 yg nk kawen..hehe..Mok nak buat makan2 sikit...sempena Chinesse New Year ke?? ^_^...Kebetulan ramai yg balik...Ishh...gulai masih di atas dapur, sempat lagi ana berblogging...ok...nak pergi sambung...Maaf nek..=) hihihi..

Kenapa perlu ada persengketaan??.. Hiduplah dengan aman...=)

Sunday, January 30, 2011

Pelukis jalanan.. (",)

Assalamualaikum....=)


Karya...



Lukisan menggambarkan emosi.Lukislah kehidupan..=)

Saturday, January 29, 2011

Variety of life...

Assalamualaikum....=)

Apa maksud ana tulis ni???.....suka suki sajja....hehe...sudah lama tidak menulis blog...
Ini ada sedikit kisah yg nk dicerita....One day, tp bkn long-long ago la...(haha)...Ada orang bagi papa "something"...Ana dengar, TELUR UNTA.....wait!!! wait!! UNTA BERTELUR KE??? aish.....Telur Burung Unta laa.....Waa!! Besar punyer! first time tngk n pegangg....selama ni tngk dlm Kampung Boy!

 Besar-besar!!!

                 Kecik...besar....kecik...besar..

Agak-agaklah kan...bila mama nak goreng telur ni??? haha....dah x sabar nk tngk.....Muat kuali x ni??? mama cakap " suruh papa bawa pergi kt restoran Kak Yoh"....oww...hihihi...harap tidak terlepas peluang untuk makan...hehe..

Besar tidak boleh pandang remeh kepada kecil...=)

Sayonara~ ( ",)

Assalamualaikum...

The worst thing in the world is to say goodbye!
Is that totally true enough?? No!!
I don;t think so...because there must be HIKMAH....Insya-Allah...

Ramai kawan2 ana pindah...But I don't have to be sad....Yelah...sedih itu ada...tetapi tidak perlu terlalu....Sebagai PEMANIS UKHUWAH...Ingatlah, kita bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah...^_^...Ana mula2, sedih juga.....lepas dengar Ustazah Hachinah cakap, 'perpisahan pasti ada', Alhamdullillah, ana mengerti....

Malam Khamis hari tu, form 4 students buat majlis perpisahan....Kami bermaaf-maafan....
Alhamdulillah...begitu indah melihat ukhuwah antara kita..=D,tidak kira jawatan,status wahakaza (smpt lg masukkan arab) haha....Good luck n all the best to kawan2 yang akan ke SBP dan MARA...

Chaiyyokk! Don't forget what you have learned at BUMI NAIM....We always be NAIMIANS...teng...teng...teng...teng...(muzik penghargaan)

To prefect yg berpindah jgk, thanks a lot friends....Syukran atas tanggungjawab yg dilaksanakan dengan baik, semoga Allah SWT memberkati antuna semua....thanks friends!

 Ana & Nik~ Jamuan form 2ua
                                            
Kawan-kawan 3ua..love you all
masa ni,ana tak der...bertolak ke KL untuk ECO CARNIVAL AND NADWAH

prefects yang disegani...hehehe

time study gila2 dengan kawan2 struggle for PMR!!
love that memory!

Bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.....=D

Thursday, January 13, 2011

New Year!!!

Assalamualaikum...=)

WEKKKK!! Basi dah rasa ana buat tajuk tuuu....yelahh....dah orng 1 hri bulan ada kt rmh kita dh kt school...Nevermind........yang penting dpt pengalaman....jaga adik f.1 yg baru masuk.....ngee~
Comel adik2 ku! cakkkkk! aaaaaa!!! hahaha.....aduiiii....Bermulah fasa baru dalam hidup ana! QWERTYUIOP!

First moment,experience handle orientasi adik-adik.....Best2! Macam2 gelagat...=D
aduiiii.......kadang2 susah jgk.........tp x pe....SABAR.....

Orientasi Asrama....

- Pendedahan tentang  sekolah, kehidupan di asrama :
* Adik2 kena buat ni.....x blh buat tuuuu.....

* Belajar berdikari....

* MPI ~ Malam Pesona Islam....(persembahan adik2!) makk aiii....masa ni lahh adik2 ambil chance...mana la thu yang bernasyid tuu boleh jd team nasyid Soutum Naim.....

* Exco pn buat persembahan....kita orang miming lagu jer....hahahaha....yang peliknya lagu marhaban ya Ramadhan pun ada....aduiii baru bulan SAFFAR!

* Malam keinsafan....berdarama+ cerekarama.....Exco2 buat drama pasal anak derhaka....pelik la drama.....sketsa! hiii~ ana jd watak sampingan je.....pembaca Yassin...=) dapat la jgk 10 sen...haha

* explorace.....

* setiap kmpln kne ada trademark...so, ada one group tuu....ana cadang la buat **** diorang pun buat.....hiii~ rasa berbangga la jgk masa tngk adk2 buat....tomel!!!

Orientasi Berulang...

Yang ini...lain cerita......
Ana diamanahkan sebagai ketua....Bergabung+ meletup bersama PRS ~Pembimbing Rakan Sebaya....
Ziey ada.....ngee~
Ketua PRS pulak NA!!!! hihhihihi

* Pembahagian kumpulan mengikut negara.....mengikut kiraan ana la kn...Korea paling famous....aduiii....

* Main Bom!

* Ni yg agak penting....LAGU SEKOLAH~NAIM GEMILANG....... ~_~....
   Lagu kut Arab separuh.....susah sikit nk ajar adik2! ( JANGKAAN AWAL) base on senior-senior pun mengambil masa berkurun lama untuk mengingat...hahaha

 Alhamdulillah..........adik2! dapat hafal cepat....Nasib baik Mama & Ibu tolong.....( Kaunselor)
 Ana pesan kt adik2, "Ni lagu kita, bukan orang lain....lagu yang direka khas untuk kita...kalau Selamat Malam Faizal Tahir, Naim Gemilang kita punya!! So kenalah ingat.....=) Syukran Jazilan adik2!ARAB TU PENTING!!! HAHA

Masa orientasi ni la blh berniaga....hihihih......ambil strategi orang kata.......Pengawas ada jual cokelat....best punya, Buatan Fadhilah and her mom, a.k.a Penolong Ketua Exco Disiplin....=) Macam-macam perisa...

Then, nahnu jual PENA.....Buletin Prefect.....PENA tu yang dua thn lepas....So, drpd buang,,.....membazir....kita orang ambil inisiatif jual 20 sen satu! kira ok la.....Adik2 pun serbu nk beli....Itu pun x cukup.....

Aisehhh.....Panjang lebar post yg ni....Okieee.....another story coming soon....more about her!
Nanti, ada gmbr...Insya-Allah, ana upload...=)

Enjoy all the things that you have to do it! =) 

Monday, December 27, 2010

Holiday Of the Year...=)

Assalamualaikum....=)

Sudah lama dan rasa-rasa blog ni dah nak usang! lama x update....fuhh....
Banyak cerita tertinggal....Alhamdulillah ada berita baik.....Alhamdulillah...ana dapat 9A! Terima kasih cikgu...Nanti ana cerita lagi...Ni nak cerita pasal holiday dulu! ngee~

Ana dan family bertandang ke Terengganu....Nahnu ( B.Arab Tinggi SIKIT) check-in dekat Gem Resort....Kita orang pakai main pergi....Sampai Terengganu, cari resort..Mula2 dah servey dua resort...SEMUA PENUH! aduiii....Nasib baik Gem ada.....which is situated dekat Batu Rakit....Check-in pukul 2, so pergi lunch dulu....agak mahal laaa....kena KATOK ( cakap Kelantan sikit..... ^_*)....

Lepas makan, pergi servey Aryani Resort....ni taraf 4 bintang x silap...Mama n papa cakap keturunan Raja Bahrain, arkitek...yg buat..CANTIK DAN ADA CIRI TRADISIONAL.....Tapi x ramai orang...



Ni lahh Aryani Resort.....
Satu benda yang telah terjadi yang tak pernah ana akan lupa ialah...Ana pecahkan skrin lap top! aigooo~
Nasib baik masa papa thu yang lap top rosak masa ana dah lelap! selamat2! jahat! hehe...Tp kan...memang ana salah....So, kena berhati-hati! Jangan jadi mcm saya maa ( pengajaran daripada seorang yang telah diajar drpd pengalaman...hehe)
Yang ISTIMEWA dekat Gem Resort ni, tandas dia.....AWANG & MEK....Lucu! AWANG untuk lelaki n MEK untuk perempuan.....

 merenung???

 Sempat lg ni....'AINA' haha



 Gem Resort....

 Landskap.....Cantik2!

 Lobi...
Jalan.....

Malam....kita orang servey Batu Buruk...Banyak kuda....Mula2 nak naik, tapi berani ke?? hahha
Then pergi MAKANG! Dekat Restoran Tenang! MEMANG TENANG! Mahal maa! RM 121! Kalau kat restoran yg kita orang selalu pergi tak ada semahal tuu...Lagipun kurang SODAP laaa! My bro kata tepung sotong dia membuatkan dia mual..hahahaha......Tp, ana relax je...asalkan makanan...redah...haha..er..ada ke patut?? Bersyukur2!

Sebelum balik...singgah dekat Bukit Kluang...Cantik batu2 dekat sana! Ada mat salleh berkelah kt situu...haha..(perlu ke cakap???) Yang meluatnya! ada jugak yang honeymoon yang ditaja pekej haram!! aduuiii....maksudnya, bukan mahram...berdua-duaan! konon-konon 2 IS BETTER THAN 1!! Ingat SIKIT JEER EK! KALAU DUA + SATU! Faham-faham laaa yer.....

Bukit Kluang....

Ni mahram semua! hahahaha.. ;)
Lepas servey Ganu Kiter, kita orang balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang! Lunch pukul 4.oo maa!
x jumpa restorannn! addduuuii....Mujur boleh makan laa Aina! Bersyukur!

Your Family Is Your LOVER.....=)



Wednesday, December 22, 2010

Macam-macam ada...

Assalamualaikum...=)

HAHAHA...This sign is just for laugh....right...
and HUK HUK HUK for crying??? ( yang huk3 tu nada sedeyh+ sebak) hahaha

Betul ke??? jangan dipersoal,soalan yg tiada dalam skema...dan soalan yg biasa ana jawab kt madrasah ( cehhh, nk guna BAT!) ada skemanya...ngeh2.

Alamak!! jangan baca yg diatas. . .sebab ia mengarut...haha

Kelmarin,

On the way,from mok's house....
Restoran 2000 mmng terpacak tepi jalan ke rumah ana...
That restoran is my favourite!
Selalu lah jugak pergi.....Masakan yg ana,abe,adik selalu order ...jeng3...NASI GORENG BISTARI.....unik betul nama...sedap2...Dulu kedai tu dekat lain,,,dah sekarang terpacak TEPI JALAN ON THE WAY KE RUMAH...ana selalu ckp:

- TU RESTORAN 2000
-RAMAILAH ORANG
-LAKU2
 haha
Till...one day...

ana : mama, tu restoran 2000...ramai jugak orang

mama : Nana x habis2 dengan restoran 2000...Nanti KAWEN dengan anak tauke restoran 2000!! hehe
           baru thu
ana : huh??? (dalam keadaan bingung...ngeh2) hehehehe

terjadilah peristiwa gelak ketawa...hahaha

We need fun things in our life...=)

Monday, December 20, 2010

Piala 9A!!

Assalamualaikum...=)

tik tok tik tok...........(tak berhenti)
Masa terus berjalan....

~Al-Waktu kassaif in lam taqta'hu qotoa'ka......
(Waktu umpama pedang,jika kamu tidak memotongnya,ia akan memotongmu)

~Al-waktu kazzahab 
(Waktu seperti emas)

Countdown to 23th December 2010.....Result keluar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yakinlah pada Allah SWT...Tawakkal mengiringi.....semoga ana memperoleh keputusan yang baik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak....


Piala......ni menang bola ke??? haha

Usaha+doa+tawakkal = KEJAYAAN....=D

Saturday, December 18, 2010

Pantai Sri Tujoh....

Assalamualaikum...=)

Alhamdulillah dpt g jgk holiday ramai-ramai dengan family...
Mama and ana 'ditugaskan' untuk buat sandwich,goreng keropok..
Pantai Sri Tujoh terletak di Selatan Kelantan....so kita orang menjelajah jauh ke selatan...hehehe...lama la jugak nk sampai.....Sewa 1 chalet...sebenarnya untuk satu malam, tp x tdr....Duduk pagi sampai petang....Barbeque ayam, ikan, lala, ketam....Umi goreng mihun...Macam-macam la ada...Makan tak henti-henti.....( hmm...ramai lagi yg x cukup makanan) Ana? senang je nk dapat...bersyukurlah dengan nikmat ni...

Aktiviti kt situ, selain bakar-membakar.haha....chatting la dngn family...(dah berkumpul rama-ramai) macam-macam cerita...2 peribahasa ana dapat masa berbual...haha...ehh bukan 3...1 perumpamaan..

-Baling batu sembunyi tangan
-Atas mata

satu lagi x ingt daahhh...aiyooo...apalah...nnti akan ku fikir seperti Jimmy Neutron..haha
Ana naik kereta ni la...pergi pantai....cantik??
hehe...ni, ana ambik sambil menunggu yg lain sampai sebelum bertolak..red carpet tu!!!

 Jendela chalet...ada seni?? haha
 
 Bakar jangan tak bakar...

Lala...=)

 Ikan konge.....bahasa surat-cencaru...erm..haru! haha

" tunggu dia terbuka baru masak..."

Mama, Mok, Umi, Ayoh.,Papa....
Mok n Umi buat apa tu???

Bro ( bukan beruk...hahaha) n Ayoh
Tengah makan keropok ana goreng tu...hehe
Ayoh kata sedap keropok tu..
Cap Ikan Emas....haha
Ana : tengok sapa goreng ( jangan riak sudaaah!)

Alhamdulillah.....Ana hidup di negara yang aman...Boleh buat apa sahaja yang kita mahu...Bersyukurlah pada Allah SWT ..Ramai lagi saudara kita yang menderita di sana...Semoga kita tergolong daripada orang yang mengasihi orang lain seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri ! =)

Tidak beriman seseorang, selagi dia tidak mengasihi orang lain, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri..=D

Thursday, December 16, 2010

mak saudara ada?? pak saudara??

hahaha...isshh bagi salam la dulu...apa la.......start2 dngn ketawa besar ngeh3...ngokngek....ngokngek pentig! kalau x lurus je....haha hidup jangan terlalu serius tapi dalam beribadah kena serius..

Assalamualaikum......=)
Harap jwb salam...;)

haaa.....ini ada coretan....suatu pagi...pagi yang cukup indah..??
Terjadilah satu perbualan antara 3 orang adik-beradik ( ayat buku teks BA F.3 )haha

Ana : kesian anak aku nnti.....ada sorang je pak saudara.....( kn ana ada sorang je abang)
         huuh...sorang mak saudara, sorang pak saudara....Mak saudara adik aku ni....
         yelahh...kita 3 orang adk-beradik je..

Adik : betulllllahhhhhhh!!!

Ana : Anak abang lagi kesian....x de pak saudara...dua-dua mak saudara...kesian2

Rupa-rupanya ana yg ngokngek...hahaha....knape plak...ana rasa bijak je..haha ( syok sendiri niiii)..CHECK THIS OUT...  ;)

Abe : Eh...adalah.....kan nana n adk mak saudara..suami2 korang la pak saudara anak aku...haha

Ana : Ha'aah la....hehhehehe...so ana cover "tp..PAK SAUDARA SABIT..."hahahahaha

Mama : awak semua kena ada anak ramai r...hahaha

Ana : hehehe

Pengajaran yang x berapa mengajar : DAH FIKIR PASAL PAK SAUDARA , MAK SAUDARA ANAK ORANG....SUAMI X INGAT PERLU ADA....hahaha

Ini bermakna....??? entah.....faham2 sendiri la....hahaha
Ini bersesuaian dengan pepatah ' fikir dahulu sebelum berkata-kata......'

Fikir Dahulu Sebelum Berkata-Kata....THINK TODAY, SPEAK TOMORROW...=)

Tuesday, December 14, 2010

Spice of today...=D

Assalamualaikum....=)

Hari ni.....ana pergi rumah mok lagi...gather2 n makan2....umi's family (mak saudara) n my family...
Kita orang masak asam pedas, sayur goreng, ikan bakar.....sayur goreng tu terlalu banyak sayur di dalamnya...ngeh2...bila nampak umi makan sayur, macam sedap je..haha..ana pun try....sayur??? x de la alergi sngt....bolehla...ngeh2....

Kita orang plan nak pergi pantai  hari Jumaat ni...Tengok laut rasa happy sikit....Furthermore ( cewwah!) boleh dapat pahala...Umi cakap kat ana, benda yang kita boleh dapat pahala dengan memandang ialah

~laut
~ibu bapa
~ ayat Al-Quran

Rasanya ada lagi tapi x ingat...
Petang...Lepas masak kue tiau ( ejaan mok...hehe) ana ajak adik tengok sekolah rendah kita orang dulu..Kira bernostalgia...haha..Tapi tak masuk kawasan sekolah...Kita orang straight ke taman permainan...tengok kanak-kanak bermain...ngeh2...Sekolah rendah ana dulu dekat dengan rumah mok...So kadang-kadang, kita orang jalan kaki pergi rumah mok lepas school period, tunggu mama ambil...Kalau petang2 ana jalan kaki ke sekolah drpd rumah mok untuk hadiri latihan bola jaring....teringat team bola jaring sekolah rendah..Tiap-tiap hari berlatih...dan coach kita orang ialah Cikgu Mastura....teringat kt dia...=) Dia tegas, sabar dalam melatih kita orang....I miss u...

Haa...cerita ni mcm panjang......Dah masuk bab nostalgia...memang banyak...yang manis, kelat, masin,masam,pahit,payau....=)

Inilah nenek ( mok) dan atuk ana ( ayoh)....Love you...




Hargailah masa bersama keluarga, sahabat , guru tercinta...=)

Sunday, December 12, 2010

A long day...

Assalamualaikum semua...=)

Hari ini...pagi2 lagi ana ikut mama pergi pasar tani beli barang dapur...Banyak la jugak beli...Dah nak buat macam mana, anak-anak mama semua suka makan...kekeke....krisis makanan...ngeh3..abang ana cakap nafsu besar..hmmm..betullah labu...nafsu makan tinggi...kena kawal....dan ana ada terbaca, nafsu makan ialah punca kejahatan...fikir-fikirkanlah...

You're what you eat...habis tu kalau ana makan ayam, ana ni ayamlah?? haha
apalah.....jagalah pemakanan...jangan nanti menyesal...sebab makananlah banyak penyakit kronik yang dihidapi...Diabetes, jantung, strok, darah tinggi....macam-macam ada...

On the way ke rumah mok, nmpk lah kain rentang JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH...ngee~ sekolah dah nak start...

Hari ini jugak cik ni n family dah balik Malacca...sayonara~ ler hari ni...
Rindu plak kt kwn2 sekolah...Ziey n semua bdk UA...woo~


Ni kuih yang baru try...KUIH KOLEH..asal-asal x thu pun nama...makan aje thu..nk beli tunjuk..haila...memang zaman sekarang, ramai dh tak knl kuih-muih tradisional.....

Jagalah Pemakanan Anda...Fikirlah Untuk Keluarga Tersayang...=)

Saturday, December 11, 2010

Bowling?? err...

Assalamualaikum semua...=)

Fuhh....hari ni penat sangat...
Macam mana tak penat....dah dekat sehari duk kt shopping complex...err..( sehari ke? ) hiperbola je ni..ngeh2
Rasa-rasa kepala ni masih berfungsi...( mengarut ni....) ok...stop mengarut!

Hari ni... Alyaum..cehh...kasi start cerita guna bahasa arab...
Ana, adik , fatihah , kak nor, ida ( cousins) pergi main bowling kt KB Mall...
Ini kali kedua ana main...expert la sikit...nk banding masa mula2 main....Ratu Longkang..ngeh3
Keputusan pertandingan adalah muktamad.. ( putus fius...)
1) Kak Nor
2) Ana!!!
3) Adik
4) Fatihah
5) Ida...( hehehe...walaupun last, mak cik ni strike..keh3) jangan mare...shhh..

2 hari tidur rumah mok....Macam2 benda terjadi...( yela...mestila terjadi sebab manusia melakukan perbuatan) hmm...mengarut2

Banyak nak cerita...tapi tak kanlah semua nak cerita..haha
Post ni mengarut....ish3...Aina...Aina...dah anti kata mengarut, mengarutlah jadinya...Jangan Mengarut..kah3

Nothing to say...

Sentiasalah berada di sisi orang yang memerlukan kehadiran kita..=)

Wednesday, December 8, 2010

ohh betik...biar betik!!

Assalamualaikum semua..=)

Hari ini ada sedikit coretan yang ana ingin kongsikan....

Once upon a time...err...(perlukah start mcm ni??..huhu..putus fius)
pergilah pasar dengan Cik Ni (mak saudara) dan mok... Nak beli barang dapur...
Masa kereta nk keluar dari perkarangan rumah...jeng3..mok tunjuk POKOK BETIK TEPI JALAN RAYA DEKAT DENGAN TONG SAMPAH..hahaha
Betik 2 dah masak r...( ana cakap dalam hati)

Mok  : boleh ambik tu...

Cik Ni : Boleh ke?? Yang sapa??

Mok : Pokok betik tu tak bertuan...Nanti Nana g ambik ( Nana a.k.a ana)

Ana : ishh...malu r mok ( hehehe)

Cik Ni : Susah nak ambik tu..ada paya...

                  Then...senyap aje....huhuhu

Today....

Ana teman kak Nor ( cousin ) buang sampah kat tong sampah tu....Lepas buang..ana cakap..

Ana : Kak Nor...jom ambik buah tu..

Kak Nor : ok..kau pandai x ??

Ana : Boleh... dalam hati ( hmm...try je lah...)

Ana pun dengan 'bergaya'  memusing betik tu....aiseh...huhuhu

Akhirnya dapat lah betik yang tak bertuan tu....Masa tu Cik Ni, mama, ida ,adik tengah tunggu kita orang...
Semua gelak tengok gelagat kita orang...macam pencuri plak...tp bukan..haha...sbb BETIK TU TAK BERTUAN..hehehe

Mok happy dan ketawa apabila Cik Ni cerita..

I'm happy when you're happy!!! =)
smile....