Pages

Monday, March 14, 2011

(",) Rusa,Badminton...

Assalamualaikum...

Hanya senyuman yang boleh ana kasi...
Sudah lama tidak mengupdate blog ini...

Nahh...Ini ada kisah...wait! hoorray cuti selekoh! haha selekoh...
Still remembering about this word 'selekoh'..
Alkisahnya....Dua orang sepupu ana yang kecik tumpang papa balik kampung...Then dia cakap,

"Ayah me hati-hati sekolah dihadapan!"

Papa : 'mana ada sekolah'
           Cuba baca betul-betul!

SELEKOH DI HADAPAN! XD

Ini bukan alkisah Raja Lawak yang mahu dicerita....=)

Macam mana ek rasa daging rusa??
Bisik hati...
Yeah...cakap pasal daging rusa...Macam mana dapat??
Inilah alkisahnya...
Semalam....kecoh satu kampung...bukan KG.PISANG yang kecoh dengan Zomba,Zombie,Hantu Kak Limah...Tapi Kg. ana yang aman...
Ada seorang wanita yang memandu kereta semalam telah melanggar satu lembaga hitam...Bunyinya amat kuat...Tapi tak cukup kuat menggerakkan ana yang sudah tidur...(hahaha) Semua orang Kg. keluar...Pada masa yang sama,Mama dan Abe sibuk melayan Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan dalam kejuaraan All England...Tahniah kepada jaguh badminton negara!

Balik kepada cerita...Orang Kg.ingat lembaga yang dilanggar itu adalah lembu yang tidak dijaga tuannya,tetapi rupa-rupanya,SEEKOR RUSA....Sebelum rusa itu menghembuskan nafas terakhir dengan sia-sia,orang Kg. menyembelihnya...Alhamdulillah diizinkan tuannya, dan ana dapat rasa dagingnya...
Macam mana rasa dia ek?? Lebih kurang daging serati kut...

Agak-agak boleh menang tempat pertama tak dalam pertandingan bercerita ni?? haha...mengarut2..

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei!
Malaysia Boleh!!
Ana anak Malaysia ;)


2 comments:

lu' lu' said...

daging serati pun aku x penah sentuh ! T_T

Aina Kamil said...

hihihi..
nanti kalau nak beli nasi kt kedai pagi2
pesan nasi serati...ok??