Pages

Friday, July 29, 2011

Hello...

Salamullahialaik...

Sudah lama tidak mengupdate blog....Sepanjang tempoh tersebut ana mempunyai hasrat untuk membuat perubahan atau hijrah ke arah lebih baik...Insya-Allah,jika ada kelapangan masa dan kemampuan yakni kurniaan atau nikmat daripada Allah SWT,ana ingin menulis sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri ana dan sahabat2 ana...Insya-Allah....

Tajuk hello adalah satu perlambangan ingin memulakan satu sapaan atau perbualan....Kalau dalam bahasa Inggeris : To break the ice...=)

Begitulah hasrat ana untuk mengucapkan HELLO...Ana ingin mulakan langkah menulis sesuatu yang berfaedah.


Disini ana ingin kaitkan diri kita sebagai seorang muslim.Seorang muslim yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain.Maksud di sini,dia tidak melakukan sesuatu untuk manfaat dirinya sahaja tetapi untuk saudara seIslam yang lain. :)

Apa yang ana bicarakan di atas,berkait rapat dengan 7 marhalah (peringkat) Dakwah Fardiyyah iaitu marhalah ke-5(yang dibold).Dakwah Fardiyyah dari segi takrifannya atau maknanya ialah dakwah secara individu.Contohnya kumpulan usrah.Ia dikategorikan sebagai dakwah fardiyyah kerana dalam bentuk yang kecil berbeza dengan dakwah secara umum atau am contohnya ceramah yang diadakan di sebuah masjid.

Di sini ana ingin kepilkan 7 MARHALAH DAKWAH FARDIYYAH :

  1. Perkenalan
  2. Bangunkan iman yang lesu di jiwa mad'u
  3. Pendedahan tentang perkara fardhu
  4. Ibadah itu syumul
  5. Pendedahan tentang realiti dan tanggungjawab seorang muslim
  6. Bergerak dalam satu gerakan
  7. Menjawab persoalan di fikiran mad'u
Wallahu'alam
Kalau ada salah silap sila tegur ana.
Semoga mendapat manfaat...=)

No comments: