"Ayuh sama2 kita menjadi doktor.Pada hari ini kita akan membedah lagu"
aisshh...Bedah lagu??? Boleh ke? benda tu bukannya nampak..Cuma sense of hearing.
Yeahh,oleh sebab tak nampaklah kita kena bedah...Let's check.!
Sebenarnya,BEDAH LAGU adalah satu Modul yang diambil daripada Kem Inovasi Sahsiah Syumul yang dianjur oleh BADAR sekolah di bawah Jabatan Nuqaba' Tingkatan Empat.Kem ini dipanggil K.I.S.S.
K.I.S.S adalah satu kem yang dianjurkan untuk pelajar Tingkatan 2.Sebelum ini,kem ini dikenali sebagai Kem Pemantapan Sahsiah atau KEPAS.
LDK Bedah Lagu adalah salah satu medium untuk membuka mata pelajar tentang pemilihan lagu pada masa kini.Pada hari ini,banyak lagu yang boleh didengar di corong radio.Namun adakah kita sedar lagu yang didengar baik atau tidak?
Kalau dilihat,dikaji banyak lagu yang berorentasikan CINTA MANUSIAWI pada hari ini.Tidak dinafikan,lagu ketuhanan juga banyak.Namun berapa kali ia dimainkan di radio? Kadang-kadang,sesetengah radio langsung tidak memainkan lagu-lagu jenis ini kecuali sebelum atau selepas azan,barulah pasang lagu ketuhanan.
Lagu-lagu yang tidak baik terus dimainkan malah mendapat tempat dalam mana-mana carta radio.Adakah kita sedar sedikit demi sedikit lagu-lagu jenis ini boleh memberi kesan buruk kepada diri malah kepada peradaban masyarakat?
Anak-anak kecil "diasuh" untuk menyanyikan lagu yang ternyata bercanggah dengan syariat Islam.Inilah senjata halus yang dihunus oleh musuh-musuh Islam tanpa kita sedar.
Anda yang membuat pilihan.
SEMUA DITANGAN ANDA...=)
1 comment:
ok la .
Post a Comment