Atas alasan apakah?
Kerana ada orang menyarankan?
Kerana ingin jadi hebat?
Kerana orang kata kau hebat?
Kerana dulu kau hebat?
PFFTTTTT!
Kau fikir siapa yang beri kehebatan dan kekuatan itu? Kau ingat ia milik kau?
Ia hanyalah pinjaman! Kau kuat selama ini adalah kerana kekuatanNya, keagunganNya, kehebatanNya.
Dan saat kau ditinggalkan dari yang lain, saat kau 'dipinggirkan', saat kau keseorangan,
waktu itulah Tuhan ingin kau berfikir dan bermuhasabah balik. atas alasan apakah kau ingin menyertai?
yang pasti Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya. Saat hambaNya lalai,leka,lupa, tidak bersyukur,curang padaNya, Dia masih menunjukkan jalan buat hambaNya.
Untukmu, fikir dan reset kembali, atas dasar apakah kamu ingin 'berjuang'
takut nanti hanyalah sia-sia, malah dipertanggungjawab di akhirat kelak.
Allah ya Tuhanku, ampunkan dosa hambaMu yang kerdil lagi hina ini,
yang sedikit sekali bersyukur, yang banyak maksiatnya padaMu.
Ampunkan aku.
No comments:
Post a Comment