Pages

Wednesday, September 4, 2013

diri sendiri

Bila nampak budak kecil, jangan perlekehkan dia,
dosa dia lebih sedikit daripada kita.

Bila nampak orang tua, jangan pandang rendah padanya,
amalan dia lebih banyak daripada kita.

Bila nampak orang buat maksiat, jangan kutuk dia,
Hari ini dia buat jahat esok kita tak tahu bagaimana, sedangkan kita belum tentu apa yang kita buat hari ini betul, dan esok mana hala tuju kita.

Bila nampak orang alim,jangan mencari kesalahannya,
ilmu dia lebih banyak daripada kita, sedangkan kita masih dalam kebodohan.

Bila nampak orang jahil,jangan ketepikan dia,
Dia berdosa dalam kejahilan, kita berdosa dalam pengetahuan.

Bila nampak orang lemah, jangan gelakkan dia,
Dia diberi ujian yang lebih berat, sedangkan kita masih selesa hidup di dunia.

Bila rasa diri ini hebat,
jangan rasa kita ini seperti kanak-kanak yang tidak berdosa,
jangan rasa kita ini seperti orang tua yang banyak amalannya,
jangan rasa kita ini seperti orang alim yang tinggi ilmunya,

Rasakanlah diri ini seperti orang jahil, lemah dan orang yang berbuat maksiat,
kerana perasaan rasa diri terlalu hebat,
akan menemui laknat Allah.
kerana perasaan diri ini terlalu lemah,
akan menemui kegagalan dunia.
maka rasalah rendah diri tetapi punya maruah,

insha Allah kau akan menjadi hamba yang hebat disisiNya.

No comments: