Pages

Saturday, March 16, 2013

Takut dengan result.

Assalamualaikum.

hah, direct saya kasi tajuk,'takut dengan result'

Pagi tadi, mama bagi tahu yang result spm dah confirm Khamis ni, 20 Mac 2013.

Seriousy,lepas aku dengar, semacam tak tenang diri. Allah...tiba-tiba seperti ada beban di bahu, rasa gementar,cuak,risau. Semua cukup lengkap pakej.

Then, aku teringat kata-kata mama kepadaku, kita jadi macam tu sebab kita 'sibuk' memenuhi expect orang.

Ya, mungkin aku terikat dengan tu. Memenuhi expect orang lain. Ya, aku seorang ketua pelajar dahulu dan aku rasa ada sebuah 'bebanan'. Aku mahu beri contoh yang baik buat adik-adikku,menjadi kebanggaan mama dan papa ku serta sekolah ku.

Mampukah aku?

Sangat takut bila memikirkan saat-saat aku di tingkatan 5. Diibaratkan aku seperti kabur. Adakah aku faham apa yang dipelajari? Ya aku beralih dari sedikit ke lebih banyak.

Time trial spm aku dapat 10A 1C. C untuk biology. Dan untuk spm kali ini,mampukah aku capai straight A's..

Allah.... sebab 'situasi' spm dan trial itu berbeza. Dan hanya kepada Allah Taala aku berserah.
Ya, semuanya dengan pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.

Aku harus lebih cekal dan yakin padaNya.Mungkin, aku harus muhasabah diriku lagi...





Positifkan diri,stop worrying,life your life to the fullest. :D

No comments: