'The greatest prison people live is in what others think'
Biar aku bermula dengan kata-kata di atas.
Ya, kita hidup bukan untuk manusia.
Tapi banyak waktu, banyak keadaan kita berbuat demikian.
Kita juga mudah menghukum, mencemuh, mengeluarkan kata-kata
seolah-olah kita tidak akan melakukannya. (waktu itu)
Namun, siapa jamin masa hadapan?
Tuhan, tempat kita bergantung, berharap sepenuhnya.
Dia beri kita segala-galanya.
Tapi kita lupa semua itu.
Kita bangkit dari tidur,
Kita menjalani kehidupan,
Seolah-olah kita yang 'berkuasa' menentukannya.
Tidak pernah kita terfikir, ia adalah pinjaman.
Satu pinjaman yang kita buat-buat lupa untuk 'bayar'
Manusia jenis apakah kita begini?
Ya, kita bukan hidup untuk 'restu' manusia.
...................................................................................................................
Aku telah belajar untuk tidak 'menjaga tingkah laku' aku kerana manusia.
Aku berpesan pada diri, cukup untuk lakukan kerana Tuhan,
makhlukNya yang lain juga akan kasih.
Aku juga masih dalam perjalanan.
Mari teman, kita menuju kepadaNya.
Mari kita ubah zon selesa ini.
Hasbunallah wa ni'mal wakil
– Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung
No comments:
Post a Comment