Tak kira, sedang gembira,bahagia, kecewa, stress,menunggu bas,makan,belajar,main fesbuk,tengok tv,
baca buku,tadabbur Al-Quran, dll sahabat-sahabat yang sedang lakukan dan rasai sekarang,
aku merindui kalian. Biar kita berbeza pendapat,berbeza personaliti,berbeza pembawaan gaya diri,berbeza dari segala-galanya, aku mencintai kalian.
Segala yang tinggal hanyalah seribu kenangan. Cuma ada satu yang kita punya, UKHUWWAH.
Yang perlu disemai,diteruskan,dibajai kerana pengenalan itu berterusan.
Hatta engkau ke neraka,aku akan sambut tanganmu, sama-sama kita berpimpin ke syurga.
Aku dan kalian berada di jalan yang berbeza pada hari ini. Buat hari ini dan seterusnya, jangan pernah mengalah kerana aku yakin setiap dari kamu berguna buat ummah ini.
aku mencintai kalian. 2008-2012
1995
No comments:
Post a Comment