credit : styloislam
Assalamualaikum.w.b.t
Sekarang, tengah exam [final]. Exam pertama setelah melepasi SPM. Saya ingat lepas ni dah memang tak ada exam. Saya seakan penat dengan exam. Ya dah penat!
Tinggal 3 Paper lagi.
Kepenatan saya menimbulkan beberapa persoalan,
-Adakah ini disebabkan saya tidak bersedia sebelum ini?
-Perasaan Takut tak dapat jawab, (nervous), fear of the blank page.
Bertitik tolak dari SPM, di tingkatan 4 saya mula bergiat aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan sekolah.Mungkin ini dilihat sebagai masalah 'kecil' sahaja.
'Alahhh,budak sekolah je pun,mana sibuk macam orang dah masuk U, kerja'. Ya mungkin ini jawapan kita yang telah melepasi peringkat ini. Namun, sedarkah kita, adik-adik kita, malah bakal anak kita (eheh) suatu hari akan berada di tempat ini juga.
Point saya di sini bukan berkenaan keaktifan saya dalam bidang yang luar dari akademik, namun kesan peperiksaan itu sendiri terhadap psikologi perkembangan dan kecemerlangan pelajar. Ya, ramai mengeluarkan hujah, sistem pendidikan kita masih di tahap yang rendah. Seorang sahabat saya pernah berkongsi kata-kata,
'Whether we die in the system, or break the system'
Saya dah 'lali' dengan markah rendah, jadi tercorot dalam kelas. Ketika itu, saya berada di kelas pertama yang mana 'perlumbaannya' sangatlah sengit. Bila dapat rendah, selalu saya katakan pada diri, belajar dari kesilapan.Namun, dalam hati cukup merasakan betapa 'berat' perlu menanggung semua ini.
Bukankah perkara ini sedikit sebanyak mengganggu emosi dan keyakinan pelajar itu sendiri?
Hari ini, saya seakan sudah tidak kisah dengan markah. Tinggi atau rendah. Ya, mereka kata asasi inilah masa yang perlu ditumpukan sepenuhnya,namun saya tidak mendapat rentaknya. Keinginan saya untuk membaca atau mengulangkaji seperti tidak dipengaruhi langsung oleh momokan quiz, exam mahupun test.
Adakah saya sudah lari dari sistem?
(tinggalkan persoalan ini)
Adakah ini disebabkan saya tidak bersedia sebelum ini?
Soalan ini, sudah terjawab di atas. Saya tidak beajar kerana exam.
Perasaan Takut tak dapat jawab, (nervous), fear of the blank page.
Cara saya menjawab soalan exam sekarang adalah, pergi secara keseluruhan. Jika ada soalan yang kelihatan panjang dan merumitkan, saya tinggalkan dahulu. Saya terus ke helaian yang lain sehingga tamat seluruh soalan. Masa yang tinggal saya buka semula soalan di hadapan yang tak terjawab. Dalam masa itu,saya seakan 'ketakutan'. Ketakutan tak dapat menyelesaikannya walaupun, saya dah buat banyak soalan sebelum peperiksaan.
Saya juga takut tak dapat siapkan soalan di belakang sekiranya saya tumpukan satu demi satu soalan sehingga penghujungnya.
Saya sedar keadaan ini tidak baik bagi saya. Namun, pada akhirnya, saya juga akan rasa puas sebab saya mampu siapkan namun masih dalam keraguan dengan jawapan yang diberi. Saya tahu, ini seperti meletakkan diri saya sendiri dalam 'bahaya'.
Selesai exam,saya ingatkan diri saya agar tawakkal, berserah kepada Allah.
Namun, saya masih ada habit buruk itu, iaitu 'takut'.
Ketakutan yang membuatkan saya lari dari sistem?
Atau ini adalah peluang untuk saya sumbangkan sesuatu untuk penambahbaikkan sistem pendidikan?
Mungkin,suatu hari.
saya dah give up? tidak,saya hanya meneruskan dalam keadaan 'payah dan berat' ini.
ditambah dengan 'tekanan' manusia sekeliling.
Ya, perlu diubah suasana ini.
No comments:
Post a Comment