Syeikh
Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah
Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah
dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas
Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke
Semenanjung Gaza.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak
mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang
pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau
telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah.
Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke
hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak
berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin
pada tahun 1966.
Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza
oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian
yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus
bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan
dakwah islamiyyah.
Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan
bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa
Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja
beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah -
khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza
pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama
tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin
sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ?
anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha
tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah
berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan
bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya
menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.
Usahanya tidak terhenti setakat itu
sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di
sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang
lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan
perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai
landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak
mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin
Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah
bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat
jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan
dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api
dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan
hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun
pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO
dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman
penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan
Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap
lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam
pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam
yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak
baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan
dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis.
Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari
kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah
(Kanak -kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan
tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap
rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari Intifadah
ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988
pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke
sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau
bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan
kerana kejayaan operasi -operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan
tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando -komando
Israel.
Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah
menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas
sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan
membunuh, menculik dan juga menyerang tentera - tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau
telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau
juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan
penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran
akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh
itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru- parunya dan juga hidapan
pada abdomennya.
Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah
memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS
yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang
tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim.
Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan
pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang
sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun
menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana
tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya.
Percubaan mereka
gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua
tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati
syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala
berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan
pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh
Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah
berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka
gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled
Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik
tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang
diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh
Ahmad Yassin dibebaskan.
Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad
Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan
HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga
semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan
tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis,
Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya.
Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat
Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya
amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang
dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara
haram Israel.
Penentangan berlaku tiap- tiap hari tanpa menunjukkan
rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim
demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar -
Bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh
pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.
Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa
pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh
rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga
kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu
Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas
dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003
bilamana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan
merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya
mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang
dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah
dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.
Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka
sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan
pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga
buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah
berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk
anaknya.
No comments:
Post a Comment