Pages

Thursday, January 19, 2012

Naim Medan Tarbiah

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan penulisan ini,ada baiknya saya memberi salam terlebih dahulu. SALAM adalah greetings kepada saudara kita.Maksud Assalamualaikum ialah SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU.Memberi salam ialah seperti mendoakan seseorang dan lebih baik daripada menyapa dengan HAI,HELLO and so on :)

Sebut pasal salam,di sekolah saya memang diterapkan sikap ini. 5S

  1. Senyum
  2. Salam
  3. Sapa
  4. Sayang
  5. Syukur

 My precious school
 in mosque during Tazkirah
 'Izzah sebagai seorang muslim

Tahun 2012,ialah tahun terakhir saya di Naim Lilbanat.Saya diamanahkan sebagai Ketua Pelajar,Ketua Exco Disiplin Asrama dan Ketua Lajnah Usrah.Jadi skop kerja saya meliputi Badan PENGAWAS,BADAN DAKWAH DAN ROHANI,BADAR dan EXCO ASRAMA.

Sepanjang memegang amanah ini,jujur saya ungkapkan,walaupun bekerja dalam organisasi yang berlainan,namun matlamatnya adalah tetap sama,iaitu demi Islam dan mendapat keredhaan-Nya.Jadi saya menyeru sahabat-sahabat agar menghargai peluang yang Allah SWT bagi dengan mencari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman,tidak lain tidak bukan di SEKOLAH.

Jika dilihat dalam sudut Bahasa Arab,MADRASAH,itu lahir daripada perkataan DAROSA,yang bermaksud belajar.Jadi sudah terang lagi bersuluh sekolah adalah tempat belajar dan mentarbiah diri.

Syukran kerana membaca.Ini adalah pandangan saya,yang baik itu datang daripada Allah SWT,dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri.

No comments: