Sedikit perkongsian pengalaman ana ke Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-2,anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.Nadwah tersebut berlangsung selama 4 hari 3 malam bertempat di SMKA Durian Guling,Marang Terengganu.Tema nadwah kali ini ialah AKIDAH KUKUH KEPEMIMPINAN TEGUH.Alhamdulillah seramai 10 orang peserta daripada SMKA Naim Lilbanat turut menyertai nadwah tersebut yang terdiri daripada 5 orang pelajar ting.6 dan 5 orang pelajar ting.4.Kami diiringi oleh dua orang guru Ustazah Zaitun dan Puan Murni...Alhamdulillah ini kali kedua ana menyertai nadwah...Dalam perjalanan ke sana kami telah diuji dengan pendingin hawa yang tidak berfungsi! mak aii...panas...memang tangan ana dari Kelantan ke Terengganu tidak berhenti-henti mengibas! haha....Masa dah sampai ke lokasi nadwah pun tangan jadi nak bergerak dengan sendirinya! Sabar je lah..=)
Banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan.Ramai kawan baru yang ana jumpa...dari seluruh pelosok negeri...Pelbagai loghat dituturkan...Hehe...yang paling pentingnya ana tersilap cakap Klate dengan peserta dari negeri lain sehingga diorang semua x faham...haha...silap...ingat ke ckp dengan kawan2 senegeri..Tapi tak apa...Itulah yang menjadi keunikannya....
Group ana ialah group 10,Zulfakar...Nama Zulfakar dipilih sebagai lambang pedang Rasulullah S.A.W.
Dalam group tersebut ana memegang jawatan sebagai S/U...Catat-mencatat menjadi kerja ana sepanjang Nadwah....Fasilitator kumpulan ana pula ialah EN.Zakaria...Ana sangat mengaguminya.Beliau mempunyai kepemimpinan yang tinggi...Beliau juga banyak membimbing kami..Tapi sedihh...ana tak sempat jumpa dia selepas tamat majlis nadwah...=(...Yang penting,berdoalah untuk kesejahteraannya kan??...
Paling best ialah aktiviti EXPLORACE yang diadakan di sekitar Masjid Kristal...Sebelum itu kami peserta Nadwah diberi peluang untuk melawat Taman Tamadun Islam...Alhamdulillah,pelbagai monumen yang dapat disaksikan,lambang kegemilangan Ummah...
Antara kata-kata,pandangan daripada seorang sahabat,peserta NKI setelah ditanya apa perasaan dia melawat TTI ialah dia mengatakan Masjid pada zaman ini hebat daripada fizikalnya...tetapi daripada segi pengisiannya berkurang...Maksud di sini ialah semakin lama tidak diimarahkan...dan menjadi satu kepentingan untuk generasi muda pada hari ini diasuh untuk mencintai masjid...
Dan antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT di Hari Pembalasan ialah Orang yang hatinya terikat dengan masjid...Insya-Allah...
Dalam Explorace,antara aktiviti yang menarik ialah di check point yang menguji keberanian..Peserta dikehendaki mengambil duit syiling daripada bekas yang dipenuhi ulat!!! Memang bab ni lah yang ana tak tahan...Ulat ni memang familiar dengan ana! Papa memang ada simpan ulat untuk makana ikan....tup..tup...kena pegang pulak..aduii...hehe...
Terlalu banyak yang ingin diceritakan...Semoga ukhuwah kita terus terjalin,...
Group ana...Zulfakar
Pengalaman mengajar segala-galanya....=)
No comments:
Post a Comment