Sudah lama ana tidak menulis blog...=) Duduk hostel kan...hehe...Banyak benda nak cerita,tapi kalau nak buka blog ni malas plak...
HARI KHAMIS MINGGU BALIK...waaaa!! Hari ni lah yang paling ana suka!
Mula2 ingat minggu ni tak balik sbb ada Tamrin Qiadi...tapi ditunda....Alhamdulillah boleh la balik...So,pagi2 lagi call mama...
Ana : "Mama,Nana boleh balik!"
Mama : " Suka mama dengar Nana boleh balik" hehehe
( Ana senyum sendiri....happy sangat2)
Ni la...Nikmat tinggal ASRAMA....Ana bersyukur sebab diberi kekuatan untuk terus 'bertahan' sebagai seorang pelajar asrama...haha...Ok je bila dah biasa....=) ALAH BISA TEGAL BIASA...
So...Post ana kali ini adalah untuk bercerita tentang HARI KHAMIS...=)
Macam biasa..Hari Khamis ana bertugas dengan MIRAH SIWON ( nama glamour exco sukan hehe) check2 dorm...Begitulah rutin harian..=)
Then straight to weekly assembly..biasanya,prefect yang handle...Then hari tu nampak Mudirah...Aina tabik mudirah sebab beliau mahu bersama anak-anaknya...Hari Ahad hari tu tak sempat sebab HUJAN...haha ..Fadhilah yang jadi MC hari tu cepat2 cakap STUDENT DISMISS ...Semua pelajar lari masuk kelas masing2...Mudirah pada hari Khamis memberi beberapa amanat kepada kami..SMKA Naim Lilbanat akan bertanding untuk Sekolah Beprestasi Tinggi...Insya-Allah,kesungguhan& kerjasama antara guru dengan pelajar selama ini akan mendapat redha Ilahi...Amin..
...........
Cikgu Marina,masa kelas BM cerita pasal sekolah dia masa dulu...Dia cerita pasal kerjasama...Ada seorang pelajar miskin yang terpaksa berhenti sekolah sebab nak jaga ayah dan ibunya yang sudah uzur..Allahuakbar..=) Mulia sungguh pelajar itu...Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Kebaikan anak itu dibalas apabila pihak sekolah mebuat majlis dan mengumpul dana untuk pelajar itu menyambung pelajaran...Ada guru yang mengambilnya sebagai anak angkat.....Subhanallah...Sungguh besar nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada ana...kalau nak apa2 boleh dapat....
Then cikgu cerita,ada pelajar perempuan kat sekolah dia dulu,masa orang pergi rehat,makan dia sorang2 dalam kelas...Rupa-rupanya dia malu nak keluar sebab tudung dia dah koyak...Subhanallah...
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini....
................
Jangan Kufur nikmat yang diberi percuma...
No comments:
Post a Comment